Pengikut Boyzzonne

Monday, July 30, 2012

Hock Spray terus jadi pilihan pemilik kereta Bengkel Terkenal

Lee (dua kanan) bersama beberapa pekerjanya serta sebahagian kenderaan yang perlu diperbaiki.

KOTA BHARU - Industri bengkel memperbaiki kenderaan yang rosak bahagian badan begitu penting memandangkan kejadian kemalangan di jalan raya semakin meningkat.

Ini menyebabkan sebuah bengkel yang terkenal di daerah ini, Hock Spray tidak cukup
tangan untuk melayani permintaan bagi tujuan itu.

Bengkel Hock Spray yang dimiliki oleh Lee Ban Hock, 58, yang terletak di sebelah Bank AlRajhi, Jalan Yahya Petra di sini memainkan peranan besar bagi memenuhi permintaan tinggi dari pemilik kenderaan.

Hock Spray yang dibantu oleh rakan kongsinya Wee Soon Peng, 45, atau (Abeng) merupakan salah satu bengkel yang tertua di daerah ini memberikan perkhidmatan untuk ketuk badan dan spray, yang senonim dengan masyarakat pengguna sebagai yang termurah dan mengutamakan perkhidmatan dari mengambil untung.

Menurutnya, kerana itu bengkel kepunyaannya menjadi tumpuan pemilik kenderaan untuk mendapat perkhidmatan tanpa mengambil kira keuntungan kerana beberapa faktor terutama kos sara hidup di Kelantan amat rendah dan makanan juga hanya dengan kadar yang murah dan banyak lagi faktor lain.

“Lazimnya saya akan lihat kemampuan pelanggan atau pemilik kenderaan sebelum mengenakan bayaran asalkan bengkelnya tidak menanggung kerugian dan akan pastikan semuanya elok sebelum meminta bayaran,’’ katanya.

Hock yang terkenal bengkelnya di bawah pokok ketapang yang rendang memulakan perusahaannya sejak 30 tahun lalu memuji Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana bersikap rasional untuk mengekalkan imej perniagaan bengkelnya kekal di bawah pokok.

Malah katanya, MPKB pernah datang melihat pokok ketapang itu untuk memotong dahan dan daun-daun yang didapati terjuntai ke bahagian yang boleh mengganggu persekitaran.

Hock berkata, memang setiap hari lima hingga 10 buah kenderaan datang untuk meminta diperbaiki.

"Baginya semua kenderaan akan diperbaiki sama ada mahu dicat atau diketuk badan dengan janji bahawa kenderaan itu akan dibawa pulang dengan seribu kepuasan dan bayaran yang dikenakan tidak membebankan

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive