Pengikut Boyzzonne

Monday, July 30, 2012

Tunang maut, hasrat berkahwin pada hari raya terbantut

SITI MUKARAMAH menujukkan
gambar Abdullah Zawawi.


KOTA BHARU - Hasrat seorang gadis untuk melangsungkan perkahwinan bulan depan tidak kesampaian apabila tunangnya maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Maktab Perguruan, Pengkalan Chepa di sini semalam.
Siti Mukaramah Lajim, 19, dari Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini dijadual
melangsungkan perkahwinan dengan Abdullah Zawawi Abdullah Fauzi, 25, pada hari raya kedua nanti.
Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Viva dipandu Abdullah Zawawi yang merupakan seorang kerani bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Pusat Boling Pasar Raya Billion di sini pada pukul 9.30 pagi.
Siti Mukaramah yang membantu ibu bapanya menjual ikan di Pasar Gok Kapor, dekat sini berkata, kali terakhir dia menemui tunangnya kelmarin di rumahnya bagi menyerahkan borang perkahwinan untuk diproses pihak berkuasa agama.
Katanya, semua persediaan untuk majlis perkahwinan itu telah siap diatur dan kad jemputan telah diedar.
"Apa boleh buat, saya reda dengan pemergiannya," cerita Siti Mukaramah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive