Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 29, 2012

Malang 5 penyamun - Kerete curi dinaiki bertembung Kereta 5 Gadis thailand


Sekumpulan lima penjenayah bukan sahaja gagal menyamun malah kesemua mereka cedera selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Taman SPPK, Segambut di sini semalam.
Kejadian pada pukul 4 pagi di persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan
lima suspek berusia 19 hingga 25 tahun itu cedera apabila kereta Proton Waja yang mereka curi, bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang dinaiki oleh lima wanita warga Thailand.
Seorang daripada suspek terbabit cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur manakala lima wanita warga asing berkenaan cedera ringan.
Empat lagi suspek lain pula dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut selepas cedera ringan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive