KUALA TERENGGANU: “Saya terkejut apabila jiran memberitahu, dua anak saya berada dalam kepulan asap tebal di luar rumah dan tidak lama itu saya mendengar jeritan anak sulung memanggil nama ibu dan meluru ke arah saya.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat
seluruh wajah anak berwarna merah kehitaman,” kata Suhaili Che Man, 23, ibu kepada Muhammad Irsyad Sirhan Mohd Fazrul, 6, yang melecur teruk di muka dan badan selepas membakar belerang mercun bola di Kampung Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin.Dalam kejadian jam 7 malam itu, Muhammad Irsyad Sirhan dan adiknya Muhammad Irfan Haziq, 2, menemui serbuk belerang mercun bola yang dibuang bapa saudaranya beberapa hari lalu sebelum mengajak adiknya membakar serbuk itu di depan rumah.
Malangnya, tindakan itu membawa padah apabila belerang yang dibakar pantas menyambar muka dan tangan kiri Muhammad Irsyad Sirhan yang berada di depan adiknya.
Ibu kepada dua anak yang ditemui di Wad Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, berkata, sebelum kejadian itu anak sulungnya kerap meminta mercun daripada bapa saudaranya dan hanya diberikan sarung mercun bola, manakala serbuk belerang yang diasingkan disimpan dalam sebuah bekas plastik.
“Malangnya, benda itu ditemui anak dan dia merayu dengan bapa saudaranya untuk mendapatkan pemetik api pula, tetapi tidak dilayan
Menurutnya, api yang terhasil daripada belerang itu menyambar seluruh muka dan tangan kirinya, manakala anak bongsu yang berada di belakang tidak cedera. Kedua-dua anaknya bergegas masuk ke rumah sebaik kejadian berlaku.
“Saya bergegas membawanya ke bilik air dan memandikannya sebelum menyapu putih telur ayam di wajahnya yang terbakar sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya sebelum diminta rujuk ke Hospital Dungun.
“Disebabkan kesan lecur serius, Muhammad Irsyad Sirhan dibawa ke HSNZ dan doktor memberitahu anak melecur 40 peratus di muka, mata, tangan dan kaki,” katanya.
No comments:
Post a Comment