Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 29, 2012

Warga Nepal maut ditusuk hos mesin angin di Seremban

Seorang pekerja kilang warga Nepal maut akibat kecederaan parah di bahagian usus selepas duburnya ditusuk dengan hos mesin angin dalam satu pergaduhan di sebuah kilang di Jalan Seremban-Jelebu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamarudin ketika dihubungi hari ini berkata, dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi itu, mangsa Sanjaya Yadav, 25, dipercayai bergaduh dengan
seorang rakan senegaranya yang bekerja di kilang sama.
KILANG jubin di Seremban tempat Sanjaya mati akibat ditusuk hos angin oleh rakannya kelmarin.

Katanya, dalam pergelutan itu suspek berusia 33 tahun bertindak mengambil hos mesin angin dan terus menusuk ke dalam dubur mangsa.

"Akibatnya mangsa menjerit kesakitan sebelum kemudiannya pengsan dan suspek yang panik dengan keadaan itu telah memaklumkan kepada penyelia kilang berkenaan.

Katanya, penyelia kilang tersebut kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa mati akibat kecederaan parah di bahagian usus akibat tekanan angin dari mesin tersebut.

Saiful Azly berkata polis telah menahan rakan mangsa untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive