Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 1, 2012

Cadangan bayar saman trafik serta-merta


PENGGUNA jalan raya berdepan tindakan terpaksa bayar saman serta-merta pada masa depan. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan.
Pengerusinya, Tun Zaki Azmi erkata, jika pesalah berkenaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka dicadangkan agar ditahan pihak berkuasa terbabit.
Bagi kesalahan yang membabitkan kesalahan meletak kenderaan pula, katanya, kenderaan berkenaan akan dikunci dan
ditarik.
"Sehingga kini berjuta-juta saman seluruh negara yang tidak dibayar hanya diketepikan oleh pesalah yang tidak menghormati undang-undang negara.
"Jadi kita kena paksa dia hormat undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya khas berkenaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.
Zaki berkata, antara jumlah tunggakan saman yang diketahui pada masa ini adalah RM5 juta bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), RM2.5 juta bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), RM5 juta untuk Majlis Bandaraya Kuching dan RM600,000 bagi Majlis Perbandaran Kuantan, tidak termasuk bagi PDRM.

1 comment:

  1. Tentu menyusahkan dan akan tmbulkan byk masaalah dan implikasi... entahlah kenapa org2 malaysia ni suka lnggar undang2, kena saman nk marah, selalu membahayakan keselamatamn sendiri dan org lain jg... yg boleh dilakukan denda berkuatkuasa sertamerta, klu tk boleh byr denda atas denda 10 rgt sehari...hgga lah dia byar.. kli setahun dia tk byr makna dgn denda 300 rgt campur 12o rgt,,, masa disaman fotostat ic dan di tahan pengeluaran epf atau apa bantuan dan pinjaman kerajaan,.. Sykt2 kereta boleh perkenalkan alat yg boleh mengurangkan laju atau yg akan memberitahu setiap kesalahan pemandu2 kereta secara sepontan..

    ReplyDelete

SHARE THIS

Blog Archive