Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 23, 2012

Proton akan hasilkan kereta baru bentuk Lamborghini?

Kereta Sport Proton
Gua yakin, ramai yang tertunggu-tunggu pelancaran model baru Proton yang dikatakan akan menjadi 'kegilaan' di Malaysia.

Dengan dilengkapi pelbagai teknologi baru termasuk akses internet dalam kereta dan gadget-gadget setanding kereta eropah, model baru Proton tu nanti mesti jadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Tapi hari ni, gua terjumpa dengan satu lagi model Proton yang dinamakan
Evolusi G. Design kereta tu memang superb.., setanding dengan Lamborghini beb..

Walaupun model ni hanyalah sekadar 'concept car', ia tak mustahil akan jadi kenyataan satu hari nanti.

Kalau di India dorang dah mampu hasilkan 'supercar' dorang sendiri, takkan Malaysia tak mampu hasilkan kereta macam tu melalui Proton?

Cuba korang bayangkan, rakyat Malaysia satu hari nanti naik kereta buatan sendiri yang setaraf designnya dengan Lamborghini.. Pergghh.., mantop beb!

Lepas ni kalau nak tackle awek.., just naik Proton je.. Biar kereta yang berbicara... Hahahahaha....



No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive