Pengikut Boyzzonne

Monday, September 24, 2012

Rusuk tembus kena tanduk lembu

Mohd Fazli (kiri) menunjukkan rusuk kiri mangsa (gambar kecil) yang berlubang dipercayai terkena tanduk lembu selepas merempuh haiwan tersebut, sambil diperhatikan jiran mangsa
MARANG – Gara-gara ternakan berkeliaran, seorang pemuda menjadi mangsa apabila menemui ajal dalam keadaan tragis, selepas terlanggar seekor lembu di Jalan Pengkalan Berangan ke Pulau Kerengga, di Kampung Alur Wan Syed malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, seorang remaja
perempuan yang juga adik angkat mangsa, turut cedera.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, Tuan Mohd Hazrie Tuan Ismail, 21, menunggang motosikal bersama adik angkatnya untuk keluar makan bersama.

Bagaimanapun, mangsa dan adik angkatnya yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai tidak sempat mengelak daripada melanggar lembu yang berada di tengah jalan.

Akibatnya, mereka tercampak namun hanya mangsa cedera teruk.

“Sejurus kemalangan, mangsa dan adik angkatnya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan oleh ahli keluarga mangsa yang tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian,” kata anak saudara mangsa yang maut, Mohd Fazli Jaafar, 24.

Rusuk kiri mangsa tembus selepas terkena tanduk haiwan itu, manakala pembonceng pula tercampak ke atas jalan dan cedera bahu kanan sebelum mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan.

Bagaimanapun, akibat kecederaan parah, anak kelima daripada lapan beradik yang bekerja sendiri dan beralamat dari Kampung Alur Wan Syed itu dipercayai menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan di sini.

“Mangsa juga tidak sempat menerima rawatan lanjut manakala adik angkatnya dikejarkan ke hospital besar menggunakan ambulan Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive