Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 29, 2012

Impian Mangsa Letupan Kapal Bunga Alpina mahu Kahwin tak kesampaian


JENAZAH Shahril Azmi (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raja Alias
JEMPOL – Mangsa letupan kapal tangki Bunga Alpina, Shahril Azmi Baharuddin, 28, yang ditemui mati terapung di Jeti Terminal Petronas Methanol Labuan pada Khamis lalu dijadual menamatkan zaman bujang hujung tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh bapa mangsa, Baharuddin Yacob, 58, bahawa anak kedua daripada lima adik-beradik itu sebelum ini pernah memaklumkan kepada keluarga yang dia mahu bertunang dan berkahwin dengan seorang gadis dari Seremban.
“Barang kemas untuk majlis perkahwinannya juga kami sudah belikan.
“Kali terakhir kami berjumpa dengan arwah adalah ketika dia pulang bercuti selama sebulan pada Mei lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Raja Alias Tiga

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive