Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 29, 2012

RISDA umum dividen RM314.6 juta - rezeki pekebun getah



PEKAN - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) bagi tahun 2011.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembayaran dividen itu membuktikan usaha
transformasi yang dilaksanakan kerajaan sejak tiga tahun lepas telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam pelbagai sektor.
"Apa yang dijanjikan bukan slogan tetapi kalau kita lihat selepas satu kelompok, satu kelompok lagi mendapat imbuhan daripada agenda transformasi negara.
"Begitu banyak kita (kerajaan) lakukan, baru tiga tahun... cuba bayangkan kita dapat lima tahun lagi," katanya ketika merasmikan Program Kasihi Pekebun Peringkat Nasional dan penyampaian dividen berkenaan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive