Ketua Unit Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Nasaruddin Othman berkata, sejarah pertama tercatat apabila salah seekor daripada lima gajah denak yang dibawa dalam tugas itu adalah gajah liar yang pernah ditangkap di kawasan sama di sini tahun lalu.
Menurutnya, gajah liar yang ditangkap di sini pada Julai lalu berjaya dijinakkan dan dilatih kemudian pulang menabur jasa melaksana tugas membantu mengiring dua ekor gajah liar yang dipindahkan semalam.
Ketua Unit Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Nasaruddin Othman berkata, sejarah pertama tercatat apabila salah seekor daripada lima gajah denak yang dibawa dalam tugas itu adalah gajah liar yang pernah ditangkap di kawasan sama di sini tahun lalu.
Menurutnya, gajah liar yang ditangkap di sini pada Julai lalu berjaya dijinakkan dan dilatih kemudian pulang menabur jasa melaksana tugas membantu mengiring dua ekor gajah liar yang dipindahkan semalam.
“Operasi ini kali pertama Tenang diuji melaksanakan tugas di lapangan sebenar selepas menjalani latihan selama 10 bulan di Kuala Gandah,” katanya ketika operasi memindahkan dua gajah liar pagi semalam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Yusoff Sharif dan Ketua Perhilitan Daerah, Edley A Jiliun.
Pengalaman baru gajah denak
NASARUDDIN berkata, Tenang dan tiga lagi gajah yang baru dilatih iaitu Limau, Jambu dan Indah membuktikan kemampuan melakukan kerja memindahkan gajah liar dengan bimbingan gajah denak senior, Cek Mek.
Katanya, sekiranya dibandingkan dengan Cek Mek, empat ekor gajah baru itu masih tidak mempunyai pengalaman luas kerana tugas semalam kali pertama dilakukan gajah tersebut.
Namun, Nasaruddin berpendapat, selepas empat hingga kali mengikuti operasi selepas ini kemahiran gajah tersebut dijangka meningkat.
“Setiap gajah denak dijaga seorang gembala dan gembala Tenang adalah Khairul Afandi Mamat.
“Operasi pemindahan semalam membabitkan 33 kakitangan Perhilitan iaitu 18 kakitangan daripada Kuala Gandah dan 15 orang kakitangan Perhilitan Terengganu,” katanya.
Pertama kali pindahkan gajah cacat
SEJARAH kedua tercatat apabila ibu gajah yang mengalami kecacatan pada kedua-dua belah kaki belakang pertama kali ditemui sejak Unit Gajah Kuala Gandah mengadakan operasi memindahkan lebih 400 gajah liar Semenanjung Malaysia setakat ini.
“Ibu gajah berumur 20-an itu dipercayai cacat kaki belakang sejak lahir namun ia dapat bergerak seperti gajah liar lain terutama di dalam hutan,” katanya.
Dua gajah itu masing-masing ibu dan anak gajah jantan tersebut berjaya dibawa ke atas dua buah lori berasingan dalam tempoh dua jam setengah dan dilepaskan di hutan Sungai Ketiar, Hulu Terengganu, petang semalam.
Sebelum itu, tugas menaikkan kedua-dua ekor gajah tersebut me-ngalami sedikit kesulitan apabila anak gajah jantan agak agresif walaupun sudah ditembak ubat pelali.
Ibu gajah itu walaupun tidak begitu agresif tetapi tugas menaikkan ke atas tebing tanah berhampiran lori mengalami sedikit kesukaran disebabkan kaki belakangnya yang membengkok.
Pada masa sama, kakitangan Perhilitan terpaksa menasihatkan orang ramai yang datang untuk menonton kerja itu tidak mendekati kawasan tersebut kerana operasi ini amat berisiko.
Gajah liar baru dikatakan muncul
PADA saat kakitangan Perhilitan mengerah tenaga di bawah terik matahari untuk memindahkan dua gajah itu semalam kedengaran pula cakap-cakap mengatakan ada penduduk melihat kesan tapak kaki gajah baru di kawasan Hutan Jil tidak jauh dari sini.
Penyebaran berita terbaru ini menerbitkan semula rasa takut dan gerun petani untuk melakukan aktiviti harian iaitu pertanian di kawasan tersebut termasuk menoreh getah.
Keceriaan mereka dengan tertangkapnya dua ekor gajah liar ini rupa-rupanya tidak bertahan lama apabila berita terbaru diterima bahawa terdapat gajah liar memasuki kawasan itu dan ia membuatkan mereka kembali risau.
Bagaimanapun, desas desus itu belum dapat disahkan kerana pihak Perhilitan belum membuat pengesahan dan penyiasatan akan dilakukan selepas kerja memindahkan dua ekor gajah itu selesai.
No comments:
Post a Comment