Pengikut Boyzzonne

Monday, July 30, 2012

Suara manja peniaga wanita tarik perhatian pembeli bisn

Peniaga wanita di bazar Ramadan Bandar Marang sentiasa sahaja mencuri tumpuan dan kadangkala mencuit perasaan pembeli.

BANDAR MARANG – Menyusuri kesesakan orang ramai yang berpusu membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Bandar Marang di sini, sesekali kedengaran suara manja menarik perhatian pembeli.

Apa tidaknya dengan semangat yang kental itu, kumpulan peniaga wanita terbabit sentiasa
sahaja mencuri tumpuan sehingga kadangkala mencuit perasaan, apabila bersaing dengan peniaga lelaki yang bersuara lantang dan lebih pandai memikat hati.

Namun, peniaga wanita yang dilihat mendominasi bazar berkenaan membuktikan bahawa wanita juga mampu menggoncang kehangatan petang di bazar Ramadan itu, sekali gus mampu mengutip keuntungan berlipat ganda sebagai ganjaran.

Tinjauan Sinar Harian di bazar itu mendapati peniaga wanita terbabit bagaikan chef masakan dalam televisyen yang tidak henti menceritakan kehebatan masakan yang dihasilkan kepada orang ramai yang membanjiri tapak perniagaan itu.

Malah, rata-rata peniaga makanan ketika ditemui mengakui mampu memperoleh RM300 hingga RM500 sehari dengan menjual pelbagai jenis masakan yang enak lagi berkhasiat.

Antaranya ialah nasi beriani, nasi kukus dengan ayam berempah, nasi campur dengan lauk-pauk dan pelbagai masakan tradisional Melayu lain.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive