Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 23, 2012

Aliff Aziz Simpan Duit, Mahu Bawa Ibu Bapa Ke Mekah Tunaikan Haji


Aliff Aziz
PETALING JAYA: Penyanyi dari Singapura Aliff Aziz berhasrat untuk menghantar ibu dan bapanya ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah Haji dengan menggunakan wang hasil kerja titik peluhnya sendiri.
Pemilik nama sebenar Mohammad Aliff Aziz, 21, ini berkata, ia merupakan sebahagian perancangan besarnya dan berharap, keputusan yang dibuat untuk menetap di Kuala Lumpur (KL) bagi mengembangkan karier nyanyiannya
adalah tepat agar dapat menjana pemdapatan yang lebih bagus.
"Meninggalkan keluarga di Singapura demi mengejar impian dalam hidup bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan.
"Dan sejak saya berhijrah ke KL sembilan bulan lalu, saya sudah pun memiliki misi yang tersendiri iaitu mahu mengukuhkan kerjaya dan mengumpul wang supaya dapat menghantar ibu dan bapa saya ke Mekah.
"Hasrat itu sudah lama saya simpan dan harap-harap ia akan tercapai dan semestinya ia akan menggembirakan mereka," katanya.
Tambah penyanyi yang kini popular dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku, dia juga akan membawa keluarganya menetap di KL selepas karier nyanyian serta bidang yang baru diceburi iaitu lakonan berada di tahap stabil.
Sementara itu, kata Aliff lagi, tinggal sendiri tanpa ditemani keluarga juga membuatkan dirinya lebih berdikari dalam melakukan sesuatu perkara.
Malah penyanyi ini turut mengakui, dia dapat merasakan pemikirannya lebih matang berbanding dahulu.
"Mungkin umur saya masih muda, tetapi dapat dirasakan saya lebih matang daripada sebelum ini. Tak sangka, hidup bersendiri mampu mengajar kita menjadi lebih matang dan bijak menangani sesuatu masalah.
"Bagaimanapun, mujurlah saya memiliki kekasih seperti Anne (Anne Ngasri) yang mempunyai keluarga yang sangat prihatin terhadap diri dan karier saya. Mereka kini sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya juga," tuturnya.

    No comments:

    Post a Comment

    SHARE THIS

    Blog Archive