Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 23, 2012

Bakal Kahwin, Brad Pitt Ucap Tahniah Kepada Kareena & Saif

Saif dan Kareena akhirnya bakal mendirikan rumah tangga selepas lima tahun bercinta.

BERITA mengenai perkahwinan Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor semenangnya mendapat perhatian seluruh dunia lebih-lebih lagi apabila aktor Hollywood Brad Pitt turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Menurut laporan One India, kekasih Angelina Jolie itu mengakui dia begitu gembira apabila mendapat tahu mengenai perkahwinan pasangan itu yang bakal berlangsung pada 16 Oktober depan dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
"Saya gembira mereka akhirnya akan melangsungkan sebuah perkahwinan. Semoga hidup mereka bahagia selamanya," kata Brad.
Brad Pitt
Dalam pada itu ketika diminta memberi pendapatnya mengenai hubungan Saif dan kareena, Brad berkata, setiap pasangan mempunyai keunikan yang tersendiri dan pengalaman yang dilalui tidak akan sama dengan pasangan-pasangan lain.
Hubungan cinta selama lima tahun itu membuatkan perkahwinan Saif dan Kareena sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak.
Malah Kareena juga pernah berkata mahu menukar namanya kepada Kareena Kapoor Khan selepas berkahwin nanti.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive