Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 23, 2012

AZWAN ALI AKAN JADI PENGACARA PROPAGANZA MUSIM 2


Produser dan pengacara sensasi , Azwan Ali mengesahkan dia bakal muncul buat pertama kalinya sebagai pengacara di dalam program hiburan Propaganza Musim 2 mulai 23 September ini.
Azwan Ali berkata tawaran untuk terlibat dalam program hiburan tersebut adalah sesuatu yang sangat tidak dijangka olehnya memandangkan dirinya sudah lama meninggalkan dunia pengacaraan.
“Terus-terang, sehingga kini saya rasa tawaran itu bagai satu
mimpi. Selagi saya belum muncul dalam program tersebut saya anggap ia masih merupakan satu mimpi. Namun begitu, sebenarnya saya sudah pun menerima tawaran tersebut daripada pihak produksi Propaganza.
“Pada mulanya takut juga orang salah anggap dengan kemunculan saya tetapi saya terima atas dasar sokongan rakan-rakan yang mahukan saya kembali di dalam bidang ini, Kalau hendak diikutkan, saya sudah tak ‘hadap’ dengan segala populariti sebegini,” katanya kepada murai.com.my ketika majlis rumah terbukanya, di UK Perdana, malam semalam.
Mengulas lanjut mengenai kemunculannya nanti, Azwan Ali memberitahu dia hanya akan muncul dalam sebuah segmen yang hanya berdurasi 3 minit sahaja.
Malah, Azwan menegaskan segmennya tidak akan menjejaskan tugas Reza Mohamed dan Marsha Milan Londoh sebagai hos utama kerana mereka masih kekal mengemudikan program itu secara keseluruhannya.
“Saya masih tidak boleh memberitahu apa segmen yang saya akan kemudikan nanti tetapi yang pastinya saya akan muncul dalam masa 3 minit sahaja. Namun saya pasti ramai yang akan menantikannya kerana saya akan memberikan sebuah kelainan untuk menyatukan orang-orang dalam industri dengan cara saya sendiri iaitu dengan cara yang agak ‘pedas’ dan ‘panas’.
“Apa yang pasti, segmen saya itu nanti tidak akan mencaras kedudukan Reza dan Marsha sebagai hos utama. Lagipun saya akui mereka telah lakukan yang terbaik walaupun adakalanya agak over. Namun over atau tidak itu cara mereka yang tersendiri,”luahnya lagi.
Propaganza musim kedua bakal bersiaran di Astro Ria mulai Ahad ini iaitu 23 September 2012, jam 12 tengah hari.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive