Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menamatkan khidmat ketua jurulatihnya, Peter Butler dengan memberi sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai pampasan.
Surat penamatan kontrak yang
ditandatangani Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh diserahkan kepada jurulatih berbangsa Inggeris berusia 46 tahun itu, kelmarin.
Sehubungan itu, katanya dalam kes Butler, PBSNT berhak menamatkan kontraknya kerana jurulatih itu kini menjalani hukuman penggantungan selama enam bulan.
“PBSNT cuma perlu memberi sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai pampasan untuk menamatkan kontraknya yang masih berbaki 15 bulan itu,” katanya.






No comments:
Post a Comment