Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 23, 2012

Datuk tiri indon cabul cucu

Hiasan

KUANTAN: Seorang datuk berusia 40 tahun ditahan selepas dipercayai menjadikan cucu perempuannya yang berusia sembilan tahun sebagai ‘mainan seks’ sejak tiga bulan lalu dengan mencabul kehormatan kanak-kanak berkenaan.
Lelaki berasal dari Indonesia bekerja sebagai
penoreh getah itu ditahan di rumahnya di Felda Sungai Tekam, Jerantut, kira-kira jam 3 petang semalam selepas mangsa memaklumkan kejadian berkenaan kepada abangnya berusia 12 tahun yang kemudian memberitahu ibu mereka.

Difahamkan, mangsa dan abangnya menetap bersama nenek berusia 50 tahun serta datuk tiri mereka di Felda itu kerana ibu mereka yang berusia 32 tahun bekerja di Kelantan.
Kejadian itu terbongkar selepas abang mangsa memaklumkan perbuatan suspek kepada ibu mereka yang pulang ke rumah sebelum satu laporan polis dibuat semalam yang membawa kepada penahanan suspek.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, berdasarkan keterangan awal diperoleh daripada mangsa, kanak-kanak itu memaklumkan suspek mencabulnya dengan meraba buah dada serta kemaluan dan perbuatan itu sudah berlaku sejak Jun lalu.
“Namun siasatan lanjut masih dilakukan dan kanak-kanak itu mungkin akan dibawa menjalani pemeriksaan di hospital.

“Difahamkan, suspek sudah 13 tahun berkahwin dengan nenek mangsa dan menetap di Felda berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Kertas siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive