Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 23, 2012

Pencuri motosikal kantoi di restoran


PARIT BUNTAR : Tindakan seorang penjenayah mencuri motosikal membawa padah apabila diberkas di hadapan Restoran Rahmat di Bandar Seri Tenggara, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, lelaki berusia 26 tahun berkenaan dipercayai mencuri
motosikal jenis EX5 sebelum berhenti di restoran itu untuk makan.

Tindakan suspek bagaimanapun dikesan pemiliknya yang kebetulan lalu di restoran berkenaan.
Pemilik motosikal yang hanya mahu dikenali sebagai Yap, 26, berkata, dia hanya menyedari kehilangan motosikal ketika bergegas hendak pulang ke rumah.

“Selepas menyedari motosikal yang saya tinggalkan di hadapan kedai hilang saya segera meminta pertolongan pasukan sukarelawan keselamatan Kerian dan dengan bantuan rakan dan sukarelawan, saya berusaha mengesan motosikal berkenaan namun gagal. Selepas sejam mencari saya mengambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar,” katanya.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan untuk membuat laporan polis dia ternampak motosikal itu diletakkan di hadapan sebuah restoran. “Saya segera menghubungi anggota sukarelawan untuk menangkap pencuri terbabit,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive