Pengikut Boyzzonne

Sunday, October 14, 2012

Guru Sumbat 19 Kanak-Kanak Dalam Kereta


JOHANNESBURG – Seorang guru tadika ditangkap membawa 19 kanak-kanak bersiar-siar dalam kereta kecil miliknya.
Melanie Minnie ditahan bersama-sama dengan enam kanak-kanak di dalam but kereta Renault Clio. Sekurang-kurangnya tiga murid lain duduk di depan dan baki 10 lagi di belakang.
Tidak pasti sama ada kanak-kanak itu
memakai tali pinggang keledar dalam kejadian di Afrika Selatan itu.
Jurugambar, Nico van Heerden merakam imej kanak-kanak itu berhimpit-himpit di dalam kereta kecil berkenaan.
Murid itu, dari Sekolah Tadika Rietfontein di Gauteng, dalam perjalanan ke sebuah restoran burger tempatan.
Polis menahan guru itu kira-kira setengah kilometer dari restoran berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.
Seorang jurucakap polis berkata, Melanie disaman RM500. – DM

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive