Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

Kecoh lagi pasal Lohan



LINDSAY LOHAN membetulkan rambutnya ketika tiba di majlis makan malam Koresponden White House di Washington, 28 April lalu.

Lindsay Lohan sekali lagi diselubungi drama apabila pasukan kecemasan dipanggil ke sebuah hotel di sini kelmarin untuk merawat aktres berkenaan yang dilaporkan keletihan dan mengalami dehidrasi.
Insiden tersebut menggemparkan media AS, laman web selebriti dan Twitter yang melaporkan Lohan, 25, kini dirawat di sebuah hospital selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Namun, jurucakap berkenaan, Steve Honig dalam satu kenyataan memberitahu bahawa laporan tersebut tidak benar.
Kata Honig, Lohan sebenarnya tertidur di bilik hotelnya selepas semalaman bekerja di set penggambaran sebuah filem televisyen.
Menurutnya, penerbit produksi berkenaan mula bimbang apabila dia tidak keluar dari biliknya pagi kelmarin lalu menghubungi pasukan paramedik sebagai langkah berjaga-jaga.
"Lohan kemudian diperiksa dan didapati sihat tetapi dia agak lesu dan kurang air dalam badan," ujar Honig.
"Dia tidak pernah dibawa ke hospital seperti yang dilaporkan. Lohan sedang berehat dan berharap dapat kembali ke set penggambaran tengah hari ini," katanya.
Pada 2007, Lohan ditangkap kerana memiliki dadah dan memandu semasa mabuk, di samping terlibat dengan beberapa kesalahan lain.
Namun, pelakon filem Freaky Friday bangkit semula sejak Mac lalu apabila dia dibebaskan daripada tempoh pengawasan polis kerana kesalahan mencuri barang kemas pada 2011. 

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive