Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

Tragedi hari lahir - Maut main pistol


Tragedi hari lahirPILU...Fadhilah (kanan) tidak dapat menahan sebak melihat jenazah Muhammad Faris (gambar kecil) di bilik mayat HRPZ 11.




PILU...Fadhilah (kanan) tidak dapat menahan sebak melihat jenazah Muhammad Faris (gambar kecil) di bilik mayat HRPZ 11.



Seorang kanak-kanak berusia tujuh yang baru beberapa jam diraikan dalam majlis ringkas sempena hari lahirnya, maut selepas tertembak pistol milik bapa saudaranya dalam kejadian di rumah neneknya, di Ketereh.

Dalam kejadian jam 9 malam, Muhammad Faris Faizal Noor Hissham dikatakan bermain pistol milik bapa saudaranya, Saufi Abd Wahab, 42, yang juga anggota polis selepas selesai majlis kenduri kahwin ibu saudaranya, Syakirah Rifa’in, 25, sehingga
tertembak kepalanya.

Difahamkan, peluru daripada pistol itu menembusi kepalanya dan terkena dada seorang lagi bapa saudaranya, Helmi Ghazali, 32.
Murid tahun satu, Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung, Pasir Mas itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh, manakala Helmi yang juga kerani dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).


Ibu Muhammad Faris, Fadhilah Rifa’in, 27, berkata, dia menetap di Pasir Mas dan datang ke Ketereh untuk majlis perkahwinan adiknya dan pada masa sama sempat menyambut hari lahir anaknya dengan majlis kecil-kecilan.

Katanya, sebelum kejadian, dia berada di luar rumah mengemas meja dan kerusi sementara menanti pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan adiknya.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat. Sebaik masuk ke rumah, saya lihat anak saya terkulai di di atas lantai.
“Suasana menjadi kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga saya meraung kesakitan akibat luka di dada,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HRPZ II.

Katanya, masih terngiang-ngiang keletah anaknya apabila secara tiba-tiba bersolat sambil menjadi imam kepada adik lelakinya berusia lima tahun untuk tempoh tujuh hari berturut-turut, seminggu sebelum kejadian.

“Sambil bersolat, anak saya meletakkan buku panduan solat di depannya sambil membaca beberapa bacaan solat di dalam buku itu.

“Masih terngiang-ngiang juga betapa arwah anak yang baik apabila membentang ‘selimut toto’ setiap kali hendak tidur dan menyediakan pinggan untuk meletakkan makanan setiap kali pulang daripada pasar malam.

Fadhilah yang juga guru Yayasan Islam Kelantan dan mengajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al-Falah di Pasir Mas berkata, beberapa hari sebelum kejadian, anaknya turut mengungkapkan ayat yang membuatkan dia terharu.

“Anak saya menyebut ‘kalau umi ada masalah, umi bagitahulah’.

“Betapa terharunya saya apabila anak sekecil itu mampu mengungkapkan ayat sedemikian kepada ibunya.

Menurutnya, anaknya bijak kerana ketika berusia lima tahun sudah pandai membaca akhbar.

“Pelajarannya juga cemerlang sehingga guru dan guru besar bertanya apa rahsia saya memiliki anak sebijak itu. Apapun, saya reda dengan pemergiannya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive