Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

Ajal dihempap lampu - Maut ditimpa lampu jalan

Maut ditimpa lampu jalanTIMPA... lampu jalan yang jatuh menimpa kepala mangsa, Muhammad Aizat (gambar kecil).

Seorang pelajar maut dalam keadaan mengerikan apabila ditimpa lampu jalan yang jatuh tepat ke arah kepalanya sejurus motosikal ditunggang merempuh tiang lampu itu.
Rempuhan kuat itu menyebabkan Muhammad Aizat Idrus, 16, maut di lokasi kejadian ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya berhampiran Kampung Kuala Pari Hilir, di sini.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa yang menunggang motosikal bersama seorang lagi rakannya dikatakan terbabas sewaktu melalui selekoh berhampiran.
Pelanggaran kuat itu menyebabkan tiang lampu jalan bergegar sebelum lampu pada bahagian atas tiang jatuh dan
menimpa belakang kepala mangsa.

Seorang rakan mangsa, Mohd Faiz Abdul Rahim, 18, berkata, mangsa sebelum itu dilihat menaiki motosikal dan singgah di tepi padang berhampiran untuk melihatnya bermain bola sepak.

Menurutnya, dia sempat mengajak Aizat bermain bola, namun rakannya beredar sebelum pergi bermain sepak takraw di kawasan berhampiran kampung.
“Saya hanya mengetahui nahas berlaku selepas terserempak dengan mayat mangsa terbaring berlumuran darah di bawah tiang lampu manakala motosikal dinaiki bersepai.

“Aizat ketika itu tidak bernyawa dan mayatnya ditutup dengan surat khabar oleh orang ramai yang melihat kemalangan. 

“Kedua-dua lampu jalan pada tiang itu jatuh dan menimpa kepalanya akibat pelanggaran itu.

“Muka arwah luka pada dahi kanan selain kecederaan teruk di belakang kepala akibat ditimpa lampu jalan.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive