Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

Esha Deol kahwin 29 Jun



PELAKON filem Dhoom, Esha Deol bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi. Ibu Esha yang merupakan pelakon veteran di Bollywood, Hema Malini pada minggu lalu memberitahu bahawa majlis perkahwinan antara Esha dan tunangnya, Bharat Takhtani bakal diadakan pada 29 Jun depan.
Majlis itu dijangka dilangsungkan di sebuah kuil di Mumbai, India.
Menurut Hema, pihaknya terpaksa melakukan majlis bersejarah itu di kuil atas faktor ruang yang terhad manakala majlis untuk meraikan tetamu akan diadakan di hotel.
"Kami tidak akan mengadakan majlis itu di rumah. Majlis pernikahan akan diadakan di kuil kerana ia tempat paling baik untuk melakukannya.
"Kami ini pelakon dan ahli politik. Jadi kami mempunyai ramai tetamu dalam majlis itu nanti. Kami memilih untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel," ujar Hema seperti dipetik daripada OneIndia.
Majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel mewah di Mumbai. Lokasinya masih belum didedahkan kepada media.
tekan readmore untuk tengok gambar Esha deol dan bakal suami


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive