Pengikut Boyzzonne

Monday, June 18, 2012

Jadi juara berkat petua Chef Liza



CHEF LIZA memberi taklimat kepada para peserta sebelum bermulanya Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 Zon Tengah di pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Petua Chef Liza Zainol selaku Ketua Juri Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 untuk menghasilkan biskut yang sedap berjaya membantu Nur Atiqah Ayu Ong Abdullah, 50, untuk dinobatkan sebagai
juara kategori biskut pada Cabaran Daisy Sehebat Chef Zon Tengah di pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa di sini semalam.
Nur Atiqah yang tewas dalam persaingan peringkat zon tahun lalu kali ini menghasilkan biskut mentega kacang Daisy yang bukan sahaja enak tetapi juga memenuhi kriteria Chef Liza iaitu sajian tersebut mesti rangup dan cair di mulut.
"Tidak sangka pula berkat tunjuk ajar itu telah membantu saya menghasilkan biskut yang lebih enak sehingga memikat hati juri," kata suri rumah itu yang mempunyai pengalaman membuat kek, biskut dan kuih selama 10 tahun. Pada tahun lalu, Nur Atiqah mempertaruhkan biskut jarum emas tetapi tewas kepada peserta yang lebih muda.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive