Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

[VIDEO] Spiderman Bersilat Di Majlis Perkahwinan





Memang melucukan apabila melihat telatah superhero dari komik Marvel meraikan sepasang pengantin dengan mempersembahkan silat pulut di satu majlis persandingan yang dipercayai berlangsung pada bulan lalu.



Malangnya, tidak pula disertakan butiran-butiran secara terperinci mengenai video itu seperti lokasi ‘spiderman’ itu bersilat, tarikh sebenar atau nama sebenar superhero itu.
Namun, satu komen dari penonton video itu menjelaskan bahawa ia pernah disiarkan di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini.
“da masuk dlm MHI video ni.. hahahahahahaha :D ,” jelas penonton yang menggunakan nama samaran, terbangnova.
Dari sudut positifnya, kreativiti yang ditunjukkan oleh ‘spiderman’ itu memang lain dari yang lain, melucukan dan mampu menarik ramai pihak yang hadir ke majlis perkahwinan itu, khususnya kanak-kanak yang teruja dengan kostum superhero itu.

Jom tengok video spiderman bersilat...tekan readmore cepat

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive