Sepasang suami isteri merayu anak gadis mereka, Nurul Safiqikah, 14, yang menghilangkan diri sejak 5 Jun lalu agar pulang segera ke pangkuan keluarga.
Ibunya, Iseh Atan, 51, berkata, pada hari kejadian, anaknya memaklumkan bahawa dia mahu keluar ke bandar Muar bersama seorang rakan perempuan dengan
menaiki bas kira-kira pukul 8 pagi.
Bagaimanapun, katanya, sehingga pukul 7 malam, anaknya masih tidak pulang lalu dia pergi berjumpa rakan anaknya dan diberitahu bahawa Nurul Safiqikah atau lebih mesra dengan panggilan Kikah telah berjumpa seorang rakan lelaki.
"Rakan anak saya itu memberitahu Kikah turut mengarahkannya pulang kerana dia mahu berjumpa rakan lelaki itu sebelum dia mengikuti seorang wanita yang tidak dikenali ke sebuah pusat beli-belah," katanya ketika ditemui di sini semalam.
ISEH dan Rosman menunjukkan gambar anak gadis mereka yang tidak pulang ke rumah sejak dua minggu lalu di Muar semalam. |
No comments:
Post a Comment