Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

Pecah rekod berus gigi serentak



SEJARAH. Seramai 7,424 peserta termasuk kanak-kanak, pelajar dan pelatih polis hadir pada program memberus gigi mega 1Malaysia di Pulapol, Kuala Lumpur semalam.


CIPTA REKOD. Seramai 7,424 orang termasuk anggota polis memberus gigi secara serentak dalam masa 15 minit di Dataran Kawat Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam sekali gus memecah rekod Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbanyak.
Penyertaan seumpama itu sebelum ini diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada tahun lalu dan disertai seramai 1,163 peserta.
Acara Ops Gigi: Memberus Gigi Mega 1Malaysia itu dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut disertai pelajar dari 22 buah sekolah, kakitangan Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia serta penuntut Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive