Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

Bergelut lawan penguat kuasa JPJ elak ditahan



 Seorang penunggang motosikal bergelut dengan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas ditahan dalam satu Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuh AMJ berhampiran Melaka Sentral, dekat sini, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 20-an yang menunggang Yamaha RXZ pada awalnya cuba melarikan diri ketika ditahan, sebelum terjatuh dan
bergelut dengan anggota itu untuk meloloskan diri.

Lebih malang, dia bersama 400 mat rempit yang ditahan dalam operasi bermula dari jam 11.30 malam kelmarin itu menolak motosikal hampir enam kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive