Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

Bayi RM17,000 - nasib baik cepat


DICEKUP... wanita yang ditahan bersama bayi yang cuba dijualnya.
DICEKUP... wanita yang ditahan bersama bayi yang cuba dijualnya.



 Seorang bayi perempuan berusia tiga hari yang dipercayai dalam proses untuk dijual dengan harga RM17,000 oleh seorang lelaki tempatan diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Batu Kawa, di sini, semalam.

Susulan serbuan jam 6.50 pagi itu, polis menahan ibu bayi berkenaan, seorang warga Indonesia berusia 27 tahun dan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, sebelum serbuan ke rumah itu, polis menerima maklumat mengenai suspek yang sedang mencari
pembeli bayi itu dengan harga yang ditetapkan.
Susulan itu, katanya, sepasukan anggota daripada Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak melakukan serbuan ke rumah berkenaan pada waktu urus niaga dirancang jam 6.30 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui seorang warga Indonesia mendukung seorang bayi perempuan berusia tiga hari dan sedang berunding dengan seorang lelaki warga tempatan.

“Ketika disoal siasat, bayi perempuan itu baru tiga hari dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di sini dan meminta bantuan lelaki itu untuk mencari pembeli yang berminat.
“Siasatan lanjut mendapati wanita itu menetapkan harga RM17,000 untuk menjual bayi berkenaan kepada mana-mana individu yang berminat di sekitar negeri ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Suspek dibawa ke IPK untuk siasatan lanjut dan ditahan reman atas kesalahan cubaan menjual anak, manakala bayi malang berkenaan dihantar ke pusat perlindungan sementara.
Zulkifli berkata, status bayi berkenaan masih belum diketahui dan polis masih menyiasat sebab dia dijual serta kaitannya dengan suspek lelaki warga tempatan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive