Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

Kemalangan langgar lari - Otak berkecai digilis kereta


gambar hiasan


Seorang penunggang motosikal maut dengan otaknya berkecai dipercayai digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan langgar lari di Persiaran Jubli Perak, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, Ahmad Sabri Hassin @ Hashim, 26, yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai terjatuh selepas
dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti sebelum motosikalnya terseret sejauh 10 meter.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala, dipercayai digilis kenderaan berat berdasarkan kecederaan dialami.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai datang dari arah sebuah kilang gula, Batu 3, di sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Subang.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain selepas mangsa keluar dari persimpangan lampu isyarat sebelum terjatuh dan digilis beberapa kenderaan lain, dipercayai kenderaan berat, menyebabkan kepalanya hancur.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive